Thursday, 5 March 2015


Seorang jutawan di Wuhan dilaporkan menghabiskan sejuta yuan (RM511,992) kepada sebuah syarikat pengurusan perkahwinan untuk mencarinya seorang isteri yang �suci dan asli�, lapor akhbar Jingchu Daily.

Jutawan yang masih bujang bernama Rong itu dikatakan �gila bekerja� sehingga jarang mempunyai masa untuk aktiviti sosial, malah tidak merokok atau minum arak. 

Ketika ditanya kenapa dia memilih khidmat ejen untuk mencari isteri, Rong berkata: �Saya mahu menggembirakan ibu saya dan kerjaya saya juga kini lebih stabil jadi saya mempunyai lebih masa untuk menikmati kehidupan bersama isteri dan keluarga. 

�Di tempat kerja saya memang tidak sesuai untuk memikirkan percintaan.

�Memang ramai wanita yang saya temui tetapi tidak seorang pun sesuai untuk dijadikan isteri. Bakal isteri saya mestilah �suci dan asli� kalau tidak nanti saya akan cepat jemu.

�Namun pada masa sama saya mahu memastikan dia bahagia dan tidak kisah sama ada dia mahu menjadi suri rumah atau memulakan perniagaannya sendiri,� katanya. 

1 comments:

  1. Ibu Puspita ni ibu BABI ke? Asyik menyibok je. Kah kah

    ReplyDelete

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..