Thursday 5 March 2015


Polis Kedah menerima 20 laporan di seluruh negeri ini terhadap pemilik akaun Facebook, Padi Jantn berikutan kenyataannya mengugut untuk menembak Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah. 

Ini disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya, mengenai laporan polis oleh pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. 


Bagaimanapun, setakat ini belum dikenal pasti apakah motif sebenar ugutan itu. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah, berkata ugutan dibuat pemilik laman sosial itu sangat serius kerana membuat ancaman bunuh terhadap pemimpin kerajaan negeri dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah dengan peluru. 

Katanya, beliau menyedari mengenai ancaman dalam Facebook berkenaan kelmarin dan terus mengambil keputusan untuk membuat laporan polis semalam. 

�Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Padi Jantn sebagai pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan yang sama,� katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, semalam. 

Antara komen Padi Jantn pada gambar Mukhriz dan Syed Unan dalam laman Facebook itu ialah mahu menembak mereka jika ada pihak yang sanggup memberinya pistol dan peluru. 

�Jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi. Dengan puak ini bukan boleh cakap dengan facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam Umno ni, kena cakap dengan peluru or anak panah ja,� katanya yang dipetik dalam laman Facebook itu.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..