Monday 30 March 2015


Pelawak dari kumpulan Shiro, Ajak meminta supaya mana-mana pihak tidak terpedaya atau percaya dengan individu dari akaun WeChat yang menggunakan namanya iaitu Ajak Shiro kerana ianya palsu dan dia akui tidak mempunyai sebarang akaun dari aplikasi tersebut.

Ajak berkata dia kesal apabila baru sahaja menyedari ada individu yang cuba menyamar dirinya untuk memperdaya orang lain terutama wanita.

"Saya akui saya memang sudah lama tidak mempunyai akaun WeChat. Memang saya pernah ada tapi ketika mula-mula menyertai Raja Lawak dahulu sahaja.

"Saya kesal kerana ini bukan pertama kali saya dapat tahu orang menyamar saya di akaun tersebut.


"Saya harap sesiapa yang berkomunikasi dengannya dalam akaun tersebut lebih baik hentikan dan jangan percaya apa pun yang ditulisnya kerana ianya bukan saya,"katanya ketika ditemui ketika majlis Iftar dan Hari Ulangtahun ke-3 Indopek di Tasik Ampang Hilir semalam.

Ajak menerusi akaun Instagram miliknya turut mendedahkan salah laku individu tersebut yang seolah-olah sedang berinteraksi dan memperdaya wanita.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..