Monday 2 March 2015


PKR bersiap sedia untuk menghadapi pergolakan dalaman yang lebih besar apabila Khalid Ibrahim enggan mengosongkan jawatan menteri besar Selangor.

Malah beliau dengan yakin mengatakan jawatan menteri besar akan disandang beliau sehingga tamat mandatnya pada tahun 2018.

Katanya beliau telah berjanji kepada sultan dan juga rakyat Selangor untuk memegang kerusi yang diamanahkan sehingga ke penghujung tempoh perkhidmatannya.


Kenyataan beliau sudah tentu menjengkelkan Anwar Ibrahim selaku ketua umum PKR dan juga ketua de facto pakatan pembangkang.

Anwar berkata beliau telah menemui semua pemimpin-pemimpin berkenaan dalam Pas dan Dap untuk mendapatkan sokongan mereka mengenai desakan supaya Khalid meletak jawatan.

Malah agenda terlah apabila calon yang hendak diisi ke dalam jawatan itu bukannya timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang selama ini mengidam jawatan tersebut tetapi isteri Anwar sendiri, Dr Wan Azizah Ismail.

Memang sahlah bahawa Anwar hanya mementingkan kaum keluarganya sahaja dalam PKR dan ini nyata amat jelas dalam permainannya untuk menyahkan Khalid.

Pas telah menyatakan kesediaan parti itu untuk mengalas tanggungjawab mentadbir negeri itu sekiranya Khalid berundur.

Namun dengan keputusan unilateral Anwar untuk mencadangkan isterinya sudah tentu akan menimbulkan rasa marah dan tidak senang hati di kalangan pemimpin Pas Selangor.

Ini kerana antara PKR dan Dap, Pas mempunyai jumlah kerusi Dun terbanyak iaitu 16 dan selayaknya parti itulah yang berhak ke atas kerusi menteri besar.

Bagaimana atas dasar kompromi dan setiakawan pasca pilihan raya umum ke 13 lalu, Pas memberi laluan kepada PKR untuk terus menguasai kerusi itu.

Adakah Pas akan membenarkan ia terus berputih mata untuk kali kedua apabila peluang keemasan untuk merangkul jawatan itu sudah luas terbuka?

Adakah Pas akan bertelingkah dengan Anwar dan Pas merebut kerusi menteri besar dan jika Pas gagal sekali lagi mendapatnya, adakah parti tiu akan keluar pakatan pembangkang dan menjadi independen?

Walaupun kemungkinan ini agak kecil tetapi ia tetap tidak boleh ditolak begitu sahaja memandangkan desakan di peringkat akar umbi sudah kuat supaya parti itu mengambil alih kerusi menteri besar.

Untuk semua ini berlaku, pertamanya Khalid perlu berundur terlebih dahulu tetapi kemungkinan ini terjadi amat kecil.

Khalid terkenal dengan sikap degil dan tidak mendengar kata Anwar dan kalau dahulu beliau bersikap independen dari ketua umum, tidak mungkin kali ini ia akan mengalah.

Khalid tidak mempunyai masalh besar dengan pemimpin Pas mahupun Dap di Selangor sebab itu kedua-dua parti memberi sokongan kuat kepada beliau.

Beliau hanya mempunyao masalah dengan partinya sendiri khususnya Anwar dan Azmin yang dilhat beliau cuba sedaya upaya untuk memaksa beliau meletak jawatan.

Khalid juga tidak mempunyai masalah dengan pihak istana atau sultan malah dalam banyak hal beliau menunjukkan sikap taat setia kepada baginda dalam hal-hal agama dan isu Melayu.

Ini juga menyebabkan PKR, Dap dan Pas kadangkala marah kepada Khalid atas sifat beliau akur kepadaapa saja titah sultan.

Sultan lebih senang berurusan dengan menteri besar lelaki walaupun tidak disenangi oleh partinya sendiri daripada seorang menteri besar wanita yang bakal menimbulkan banyak masalah dalam jangka pendek dan panjang.

Masalahnya bukan timbul dari segi protokal tetapi juga pentadbiran negeri dan agama di mana sultan adalah ketua agam negeri.

Selagi Khalid mendapat restu dan sokongan sultan, kedudukannya buat masa ini adalah selamat.

Yang bakal mengigit jari adalah Anwar, Azmin dan termasuk Dr Wan Azizah sendiri yang mempunyai cita-cita terpendam untuk menjadi menteri besar wanita pertama di negara ini.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..