Monday, 2 March 2015


Akhir-akhir ini, kita telah menyaksikan beberapa tragedi besar yang menyentuh hati.  Antaranya ialah tragedi MH370, krisis di Sabah dan kini MH17 pula.  Di masa yang sama Gaza dibedil untuk kesekian kalinya oleh pengganas Zionis.  

Semua peristiwa ini menjadi perhatian dunia.  Rata-rata meluahkan simpati dan mendoakan yang terbaik ke atas mangsa-mangsa dan keluarga mereka.  Walaupun mereka bukan penduduk Malaysia, mereka turut prihatin dengan nasib rakyat kita, begitu juga dengan rakyat Palestine.  

Boleh dikatakan demonstrasi menentang Israel kini diadakan hampir di seluruh dunia.  Tidak kira barat atau timur, dan apa jua agama, semuanya mengecam keganasanan Zionis.  Bangsa Yahudi juga tidak kurang ramai yang menentang kekejaman Zionis. 

Namun, ada satu bangsa yang nampaknya tidak begitu prihatin dengan nasib Palestine, iaitu bangsa Cina.  Malah, kita juga tidak pernah mendengar negara China mengecam Israel.  Pendek kata, bangsa Cina, tidak kira di mana, mereka agak kurang �tersentuh� dengan penderitaan orang lain yang bukan dari bangsa mereka, apatah lagi jika yang menjadi mangsa itu adalah orang Islam.

Di Malaysia, merujuk kepada bangsa Cina itu adalah sama dengan merujuk kepada parti DAP memandangkan 97% dari mereka menyokong DAP dalam PRU yang lalu.  Justeru, adalah tidak salah jika menilai pemikiran bangsa Cina melalui tindakan dan kenyataan DAP. 

Ketika tragedi menimpa MH370, pencerobohan Sabah dan kini MH17, DAP dilihat turut menyatakan simpati kepada mangsa-mangsa yang terlibat.   DAP paling sensitif dalam isu MH370 kerana yang terlibat adalah majoriti bangsa Cina.   Lebih dari itu, DAP menggunakan sepenuh isu MH370 dan isu Sabah untuk menyerang kerajaan. 

Namun, tidak seperti rakyat Malaysia dan penduduk dunia yang lain, DAP langsung tidak simpati kepada penduduk Palestine.  Ini tidak mengejutkan kerana �abang� DAP iaitu PAP di Singapura secara terbuka mengambil pendirian membela Israel, begitu juga dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 

Berdasarkan sikap membisu DAP dalam isu Gaza, maka tidak salahlah jika dikatakan bahawa DAP turut menyokong Israel.  Sekali gus, semua Melayu-Islam di dalam DAP dan semua Melayu-Islam di dalam PKR dan PAS juga turut bersubahat dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim.   

Dalam kata lain, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi Pilihanraya yang akan datang, maka negara ini akan menjadi negara pro-Israel serta bersubahat dengan Zionis membunuh rakyat Palestine. 

Pendirian DAP atau bangsa Cina untuk membela Israel mungkin ada kena mengena dengan kenyataan Perdana Menteri Israel, iaitu Benjamin Netanyahu yang disiarkan oleh The Global List (http://www.theglobalist.com/china-as-netanyahus-new-friend/) baru-baru ini.   Dalam kenyataan itu, Netanyahu menyifatkan China sebagai rakan baru Israel.  Netanyahu juga pernah membuat kenyataan bahawa bangsa Yahudi dan Cina mempunyai banyak persamaan dan merupakan �rakan kongsi semulajadi�.  Gabungan kedua bangsa itu akan membawa kepada penguasaan ekonomi dan teknologi secara total.
(http://hardtalkmalaysia.blogspot.com/2014/07/the-jews-and-chinese-part-2.html)

Memandangkan bangsa Cina mempunyai sifat perkauman yang kuat maka tidak mustahil apa jua pendirian negara China akan turut mempengaruhi seluruh bangsa Cina, terutamanya Cina Malaysia yang tidak punya taat setia pada negara ini.  Hakikat bahawa Singapura, iaitu satu lagi �negara Cina� merupakan sekutu kuat Israel, maka ia sekali gus menguatkan lagi �ikatan� Cina-Yahudi� atau �DAP-Zionis�.

Tentu sekali tidak semua Cina itu pro-Zionis seperti juga tidak semua Yahudi itu pro-Israel, namun jumlah mereka terlalu sedikit dan tidak mampu untuk menandingi tekanan puak pro-Zionis yang begitu agresif akhir-akhir ini. 

Jika dunia sebelum ini sangsi dengan kehilangan MH370, kali ini kita semakin sangsi apabila MH17 ditembak.  Malaysia nampaknya menjadi pusat segala agenda Israel mungkin kerana negara ini begitu lantang menentang mereka.  Apatah lagi, dengan kedudukan negara ini yang strategik dan telah lama diidamkan mereka, terutama sekutu mereka Singapura. 

Kita tidak tahu sejauh mana masyarakat Cina di Malaysia mampu mencerna segala fakta dan teori ini memandangkan mereka cenderung membaca hanya media-media bahasa Cina dan juga bahasa Inggeris yang turut membawa agenda DAP-Singapura-Israel.  

Sekiranya mereka tidak mampu kembali bersama-sama kita dan berdiri di belakang kerajaan sedia ada, maka keamanan yang kita kecapi hari ini mungkin akan hilang jua. 

1 comments:

  1. Kerjaan ade buat kerjasama n meminta nasihat drp israil utk mengurus kan m'sia nk kire mcm mn plk...

    ReplyDelete

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..