Monday, 16 February 2015


SIAPA tidak kenal dengan jejaka tampan yang sering kali mendapat perhatian lensa kamera dan media, Fahrin Ahmad. Soalan yang biasa akan ditanya mestilah berkaitan hal bila mahu menamatkan zaman bujangnya.

Ketika berpeluang bertemu dengannya, dia seakan-akan sudah menduga soalan yang akan ditanyakan oleh wartawan dan dengan tenang memberitahu belum sampai masa untuk dia berumah tangga dan menganggap semua itu urusan Allah.


Selepas kecundang dalam beberapa kisah percintaan sebelum ini, Fahrin Ahmad ternyata tidak putus berharap agar dipertemukan jodoh.

Fahrin sendiri mengakui di kala usia menginjak 35 tahun, dia masih lagi hidup membujang tanpa teman istimewa di sisi.

?Saya sangat sibuk di set penggambaran sehingga tidak terlintas di fikiran untuk memikirkan hal seperti itu.

?Dengan jadual kerja yang terlalu padat, saya takut nanti andai ditakdirkan bercinta, saya tidak mampu memberi komitmen dalam perhubungan. Sehinggakan kadang-kadang saya lebih suka ke gimnasium atau bermain bola sepak bersama rakan-rakan sahaja.

?Secara realitinya memang saya tiada masa untuk keluar berpacaran dan rasa bersyukur mungkin ada hikmah mengapa saya sesibuk ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Power Root ?Anda Boleh Jadi Jutawan 4? sebagai dutanya di One World hotel baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya tidakkah keluarganya risau melihat dia yang masih belum berumah tangga seperti orang lain.

?Keluarga saya sungguh memahami dan mereka tidak memaksa sangat untuk lekas berkahwin. Bila mereka tengok saya gembira hidup macam ini, jadi mereka pun tidak terlalu risau lagi.

?Walaupun ada juga mak cik-mak cik yang seusia ibu saya datang bertanya untuk menjodohkan anak perempuan mereka dengan saya," ujarnya dengan nada berseloroh.

Namun dia mengambil gurauan itu sebagai satu doa untuk dia cepat bernikah. Dia juga tidak berasa menyampah jika ditanya soalan yang sama setiap kali bertemu dengan sesiapa pun.

Jika diberikan pilihan, Fahrin yang lebih bersifat terbuka memilih yang lebih muda daripada usianya kerana menganggap dalam perhubungan nanti mungkin ada keserasian antara mereka.

?Saya lebih selesa untuk memilih yang muda sedikit daripada saya, namun apa-apa pun jodoh di tangan Tuhan dan saya hanya mampu berdoa agar cepat dipertemukan jodoh,"ujarnya.

1 comments:

  1. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..