Thursday 5 February 2015


Polis menahan dua lelaki termasuk seorang kerabat diraja bagi membantu siasatan kes bunuh model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, 29, yang mayatnya ditemui di pantai Pulau Rawa, Mersing, awal bulan ini. 

Kerabat diraja yang berusia 27 tahun dan seorang lagi berumur 30 tahun ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing untuk merekodkan kenyataan mereka berhubung kes itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu yang tinggal di Kuala Lumpur, kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi sebelum ditahan reman tujuh hari sehingga Rabu ini. 

�Dengan penahanan dua lelaki itu, tujuh orang sudah ditahan bagi membantu siasatan,� katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. 

Kelmarin, Hasnan dalam satu sidang media mengesahkan kematian wanita itu sebagai sebagai kes bunuh berikutan ada beberapa kesan kecederaan di badan mangsa.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..