Seorang wanita yang baharu seminggu bergelar isteri, melecur hampir seluruh badan selepas dibakar suaminya di rumah nenek mereka di Kampung Abi Batas Paip, dekat sini, semalam.
Lebih menyayat hati, kejadian menimpa wanita berasal dari Johor itu betul-betul pada hari jadinya ke-23.
Mangsa yang melecur hampir 85 peratus anggota badan, dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil.
Menurut nenek suami mangsa, kejadian kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca daripada sikap cemburu cucunya yang mengesyaki isterinya mempunyai teman lelaki lain.
Cuba bayangkan jika hukuman qisas dijalankan... pelaku akan diperlakukan sama apa yang dilakukan terhadap mangsa.
ReplyDelete