Amerika Syarikat: Seorang lelaki memenggal kepalanya dalam satu tindakan membunuh diri apabila mengikat kepalanya pada sebatang tiang sebelum memecut keretanya.
Polis berkata, lelaki berkenaan, Tomas Rivera, 51, dari Port Jervis, mengikat hujung rantai pada tiang lampu dan satu lagi pada lehernya sebelum memecut kereta Honda CRV.
Sebaik kereta itu bergerak laju, rantai itu menjerut lehernya dan menyebabkan kepalanya putus daripada badannya sementara kereta itu terus bergerak merempuh beberapa kereta di sekitar kawasan berkenaan.
Sumber polis berkata: �Ia sungguh mengerikan. Dia mahu memastikan tindakannya berjaya.�
Siasatan awal menunjukkan lelaki itu membunuh diri dan polis tidak mengesyaki ada orang lain terbabit.
0 comments:
Post a Comment