Thursday 30 October 2014


Pelakon filem Tamil tempatan, Kalpana Sundraju, 44, telah ditemui maut akibat terjatuh dari apartmentnya di Seputeh, di sini, kira-kira jam 7.45 malam semalam.

Kalpana yang merupakan calon Top 5 bagi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) itu ditemui maut oleh tunangnya di tingkat dua apartment berkenaan akibat terjatuh dari tingkat lapan.

Kematian Kalpana disahkan sendiri ibu mangsa, Prema, 62, sebaik dihubungi tunang pelakon berkenaan memaklumkan kejadian terbabit.

Beberapa hari lalu, Kalpana telah diumumkan sebagai satu-satunya pelakon Tamil yang bertanding menerusi filem Dhsurajanam arahan M. Surya di samping Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Lisa Surihani.

Malah filem Dhsurajanam sendiri telah tercalon untuk Filem Terbaik dalam FFM26.

Menurut kenalan mendiang, punca yang menyebabkan Kalpana terjatuh dari tingkat lapan masih disiasat.

Majlis penghormatan terakhir mendiang akan diadakan di rumah keluarganya di Petaling Jaya pada Sabtu ini.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..