Wednesday, 8 October 2014


JENDELA perpindahan musim panas 2014 Liga Perdana Inggeris sudah merakamkan rekod yang baharu dengan perbelanjaan keseluruhan yang tertinggi dalam sejarah liga berkenaan yang mencecah RM5.75 bilion.

Jumlah RM750 juta adalah perbelanjaan Manchester United dan adalah perbelanjaan terbesar oleh mana-mana pasukan musim ini. Rombakan besar terpaksa dilakukan oleh pengurus baru, Louis Van Gaal selepas menghuni tangga ke-7 musim lalu.

Tambah perit, The Red Devils kembali menyahut musim baharu dengan tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan. Luke Shaw, Anders Herrera, Angel Di Maria, Daley Blind dan pembelian yang paling panas, Radamel Falcao adalah pilihan LVG untuk mengubah haluan United kembali mencabar takhta liga atau sekurang-kurangnya kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kemasukan Falcao dan Di Maria akan menukar corak serangan United. RVP dan Falcao akan digandingkan dan Rooney diberi kebebasan bermain sebagai 'playmaker' atau pun lebih dikenali sebagai "No.10". Formasi 3-5-2 yang banyak dipertikaikan setakat ini akan masih diguna pakai oleh LVG dan kalau dilihat dengan teliti pemain pemain baharu yang dibeli adalah untuk tujuan memastikan percaturan 3-5-2 membuahkan hasil.

Balotelli adalah pembelian yang berisiko tinggi tetapi pada pendapat saya ia adalah satu pembelian yang bijak oleh Brendan Rodgers kerana beliau adalah seorang penyerang yang digeruni dengan kebolehan dan karakter yang unik.

Rodgers pernah membuktikan dengan Luiz Suarez. Pada kali ini beliau akan sekali lagi membuat apa jua untuk mendapatkan prestasi, konsistensi terbaik dan juga menukar Baloteli kepada seorang penyerang bertaraf dunia.

Olivier Giroud dan Sanogo adalah pertaruhan Arsene Wenger, musim ini sehingga menyedari bahawa dia memerlukan seorang lagi penyerang yang boleh menyumbang kepada bahagian jaringan.

Pengendali The Gunners itu keluar untuk mendapatkan Danny Welbeck dari Manchester United. Ia adalah pembelian yang sederhana pada pendapat saya kerana Wenger masih tidak mempunyai seorang penyerang dalam kelompok taraf dunia yang amat diperlukan seperti Sergio Aguero, Falcao, Van Persie atau pun Diego Costa.

Jose Mourinho sekali lagi menunjukkan ketajaman dan kebijaksanaan beliau sebagai status antara pengurus terbaik dunia dengan pembelian awal, Diego Costa untuk mengisi kekosongan seorang penyerang bertaraf dunia yang boleh memanfaatkan peluang terhidang.

Pembelian Cesc Fabregas untuk menggantikan pemergian seorang legenda, Frank Lampard juga tampak rasional ketika ini. Kedua dua pembelian ini sudah menunjukkan kestabilan pasukan Chelsea dan mereka adalah pilihan saya bersama Manchester City yang masih menpunyai skuad bintang terbaik untuk menjuarai EPL musim 2014-2015.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..