Friday 24 October 2014


Ramai tidak me�nyedari kepentingan memadamkan data bukan saja dengan menekan butang �delete� yang memindahkan fail ke �dustbin� sebelum mengosongkannya.

Kita pasti beranggapan dengan membuat langkah mudah sedemikian, kesemua fail dipadamkan serta-merta daripada memori komputer.

Namun tanggapan terbabit secara teknikalnya meleset kerana data masih disimpan secara sembunyi dalam ruang memori yang dienkripsikan pada saiz kecil dalam komputer, kad memori atau mana-mana platform penyimpanan lain.

Pengurus Pembangunan Industri dan Perniagaan Cybersecurity Malaysia (CSM), Izwadee Hamzah berkata, pengguna biasanya me�ngambil langkah mudah yang dianggap selamat memadamkan data terutama maklumat rahsia tidak sepatutnya didedahkan.

�Tetapi, ramai tidak me�nyedari langkah memadam�kan data dengan hanya menekan butang delete tidak menghilangkan sepenuhnya fail dalam memori,� katanya.

Beliau memberi senario, kebanyakan pengguna yang bertindak memadamkan data mahu menjual peranti masing-masing atau memberikannya kepada orang lain.

�Apabila peranti terbabit berpindah tangan, tanpa disedari maklumat rahsia di dalamnya turut terdedah secara tidak sengaja,� Izwadee.

Beliau memberi contoh, kebanyakan syarikat akan melupuskan komputer masing-masing selepas tempoh waktu tertentu tetapi ada yang terlupa untuk menghilangkan memori secara keseluruhan.

�Malah, banyak syarikat yang bermurah hati menawarkan komputer lama kepada agensi kebajikan yang memerlukan tanpa memastikan data dipadam�kan,� katanya.

Bagi pengguna biasa pula, terdapat kes membabitkan data mereka �dikorek� selepas laptop lama dijual di kedai.

�Lebih mengejutkan, terdapat kes yang berlaku di mana foto yang sepatutnya menjadi rahsia selebriti terkemuka tersebar hanya disebabkan beliau menyangka ia sudah dipadamkan.

�Selebriti terbabit membuat langkah mudah seperti yang saya nyatakan tadi, klik dan padam tetapi selepas laptop dijual, beliau terkejut kerana terdapat foto tidak pernah �keluar� dari laptop boleh tersebar di Internet,� katanya.

Menyedari kepentingan untuk mengelakkan kes terbabit berlaku, CSM yang juga pusat pakar keselamatan siber nasional dan agensi di bawah kawal selia Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), memperkenalkan Klinik MyCyberSecurity (MyCSC) disasarkan bagi membantu memadam atau memulih�kan data yang hilang.

Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, agensinya menyasarkan untuk membuka setiap cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini yang turut membabitkan program pembangunan keusahawanan.

�Di bawah Program Pembangunan Keusahawanan MyCSC, kami mahu lebih banyak pusat pemulihan data dibuka kepada orang ramai,� katanya.

MyCSC menjadi inisiatif terbaru CSM yang diba�ngunkan bertujuan me�nyediakan perkhidmatan berkaitan keselamatan siber seperti perkhidmatan forensik digital terdiri daripada pemulihan data, baik pulih cakera keras, data sanitasi dan juga khidmat nasihat mengenai isu yang berkaitan keselamatan siber serta Internet.

�MyCSC menjadi �touch-point� kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran berkaitan keselamatan siber.

�Secara tidak langsung, ia juga platform bagi membantu rakyat, khususnya pengguna Internet mendapatkan perkhidmatan bantuan kecemasan siber dan menyalurkan laporan insiden serta ancaman keselamatan siber ke Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan CSM,� kata�nya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah CSM Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata, perkhidmatan yang disediakan melalui MyCSC memberi banyak faedah serta mampu menyelesaikan masalah kehilangan data dan memulihkan kembali maklumat yang hilang atau padam daripada peranti serta gajet ICT.

Selain MyCSC di Seri Kembangan, CyberSecurity Malaysia juga menyediakan perkhidmatan yang sama di cawangan pejabat di Ipoh, Perak.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..