Monday 27 October 2014


Sekumpulan monyet dari pelabuhan Tanjung Pelepas telah berjaya mendapat perjalanan yang percuma ke Eropah selepas menaiki sebuah kapal di Malaysia yang menuju ke Rotterdam, Belanda. 

Anak kapal di dalam Eugen Maersk itu terkejut apabila menemui lima monyet dalam keadaan berduduk di atas bekas kargo beberapa hari selepas berlabuh dari Tanjung Pelepas.

Krew kapal  itu kemudian menghubungi zoo Copenhagen untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai spesis monyet itu dan juga keperluan makanan mereka.

Setelah sampai di Rotterdam, lima monyet itu diberi kepada Stichting AAP di Belanda yang merupakan pusat penyelamat dan perlindungan primat di Eropah. 

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..