Friday 10 October 2014


NAK panjang cerita pun tak guna, kalau betul kereta yang dikatakan hilang oleh Wawa Zainal ada kaitan dengan syarikat pengurusan lamanya, Metrowealth International Group (MIG), kenapa tak mahu pulangkan barang-barang di dalamnya?

Sebenarnya kes kereta hilang melibatkan mereka bukan baru berlaku. Seingat Syed kes ini telah pun berlaku sekitar Jun tahun lepas lagi.

Cuma pada awalnya pihak MIG tak mengaku mereka mengambil kereta tersebut. Tapi berdasarkan bukti terbaru memang sah kereta tersebut kini berada dalam simpanan pihak MIG.

Terbaru Aeril Zafrel ada memuat naik status di Instagram yang mahu pihak MIG menerusi David Teo memulangkan kembali dokumen dan barangan peribadi yang ada di dalam kereta tersebut.

Malah pihak pengurusan Aeril sendiri ada memuat naik rakaman perbualan antara wakil MIG dan pengurus Aeril yang mahu mereka menarik balik laporan polis tentang kehilangan kereta itu sebab tak boleh menghidupkan cukai jalan.

"Kalau ikut kenyataan terbaru mereka, kereta tersebut telah dijumpai. Kalau dah jumpa kenapa tak pulangkan kembali semua dokumen dan barangan peribadi yang ada di dalamnya?

"Saya pun tak mahu kereta itu kembali. Kalau mereka nak ambil, ambil sahajalah. Mustahil mereka tak tahu kereta itu pernah dipakai oleh Wawa sebelum ini. Jadi kenapa masih mahu menyimpan barang yang ada di dalamnya?" soal Aeril.

Kalau tak salah Syed ada banyak dokumen penting termasuk dokumen jual beli rumah di dalam kereta itu. Kalau benar pihak David sudah temui kereta itu, pulangkan sahaja barang peribadi mereka. Habis cerita.


1 comments:

  1. pulangkan wawa zainal balik, baru boleh pulangkan dokumen tu he he!

    ReplyDelete

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..