Thursday, 25 September 2014

Sebuah kereta Ferrari Dino 246 GTS berwarna hijau metalik telah ditemui di belakang sebuah rumah sekitar Los Angeles pada tahun 1978 selepas beberapa orang budak bermain di kawasan itu. Pada masa itu, harga kereta itu pada lingkungan RM54,000 dan penyiasat telah menemui dokumen kereta ini. Kereta itu adalah milik Rosendo Cruz dari Alhambra, California dan telah dilaporkan hilang. Kereta itu ditemui setahun kemudian. Tetapi selepas itu, pemilik kereta itu telah membayar beberapa orang pencuri untuk mencuri lagi kereta itu agar pemilik itu dapat tuntutan insurans. Pemilik itu minta agar keretanya dibuang ke dalam laut tetapi sebaliknya pencuri itu menanam kereta itu agar mereka dapat kembali untuk menuntut kereta itu pada masa depan. Nasib baik, kereta itu ditanam di dalam tanah liat yang kering dan itu membantu untuk memastikan kereta itu sentiasa keadaan yang elok. Selepas dikeluarkan dari tanah, kereta itu telah dibeli oleh seorang mekanik dengan harga RM20,000. Dia berjaya membaiki kerosakkan kereta itu dan kembalikan nostalgia kereta itu. 




0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..