Monday, 8 September 2014


Berita terkini yang sedang kencang berlegar dialam maya ada lah bahawa Persuruhjaya PAS Selangor , Iskandar Samad akan menerima surat perlantikan pada hari Rabu ini.

Ia kecoh diperkatakan di pejabat SUK Selangor.

Ketika beberapa pihak yang dihubungi berkait perkara perlantikan diminta mengulas  , nampak nya kesemua mereka enggan memberi sebarang komen dan ulasan.

Pihak TS Khalid juga nampak nya enggan memberi sebarang komen dan dikatakan ada yang menyuruh agar kami "tunggu dan lihat" pada hari Jumaat ini.

Dengan perkembangan terbaru Pihak Istana sudah mendapat nama selain Wan Azizah nampak nya berita sebegini hampir pasti seperti yang disampaikan.

Apa pun kita tunggu pada hari Rabu ini berkenaan surat perlantikan itu dan hari Jumaat untuk perkara itu diumumkan.

1 comments:

  1. Kalau benar seperti yang dikatakan ia akan memalukan bukan saja Melayu, tetapi juga Islam sebagai ugama yang kita anuti. Ia akan memaparkan dengan jelas kita hanya pandai cakap tak serupa bikin. Perlakuan bukan lagi amalan yang keji jika PAS sendiri terang-terangan mengamalkannya. Malahan, tahniah kpd surau dan masjid yang selama ini mengamalkan ciri-ciri ini secara bersembunyi. Sekarang PAS menggalakkan perlakuannya secara terbuka.

    ReplyDelete

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..