Friday 12 September 2014


Keluar berseronok dengan teman lelaki juga masih tidak selamat bagi seorang wanita rakyat China yang menjadi mangsa rogol bergilir-gilir tiga lelaki awal pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, wanita berusia 22 tahun itu berada berseorangan dalam kereta, manakala teman lelakinya pergi membuang air kecil di kawasan rehat Jambatan Pulau Pinang. 

Empat lelaki yang berpura-pura bertanya arah jalan kemudian melarikan mangsa sebelum dirogol secara bergilir-gilir di kawasan gelap di situ. 


Seorang daripada suspek menumbuk teman lelaki mangsa dan melarikan kenderaan bersama mangsa hingga ke kawasan gelap lalu tiga suspek merogol wanita itu bergilir-gilir. 

Difahamkan, selepas itu, wanita berkenaan dibawa menggunakan motosikal milik suspek sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua. 

Mangsa yang dalam keadaan lemah kemudian mendapatkan bantuan orang ramai ke hospital dan dihantar ke balai polis berdekatan bagi membuat laporan. 

Kedua-dua mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,000 dalam bentuk wang tunai selain telefon bimbit dirampas suspek. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Nasir Salleh, mengesahkan kejadian itu dan siasatan awal polis mendapati keempat-empat suspek itu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..