Tuesday 16 September 2014


Pengetua AF2014, Dato� Hattan dengan tegas menjelaskan untuk Konsert AF kali ini, tiada lagu-lagu Indonesia dan hanya memfokuskan kepada lagu-lagu tempatan sahaja.

Menurutnya lagi, lagu-lagu tempatan mempunyai kekuatan yang tersendiri dan amat tidak perlu mengagung-agungkan lagu dari seberang yang melodinya adalah mendatar dan muziknya hampir sama.

�Buat apa kita nak banggakan lagu Indonesia tu, kita patut bangga dengan lagu kita sendiri, kita ada 1001 lagu tempatan yang boleh diketengahkan dan saya yakin pelajar saya dapat menyanyikan dengan baik,� katanya ditemui Murai selepas Konsert Pertama AF2014 di MBSA.

Tambahnya lagi, lagu Indonesia berbentuk ketuhanan sahaja yang boleh yang dinyanyikan, lagu-lagu bergenre lain diharamkan sama sekali.

Ketika ditanya kepada Dato� Hattan adakah dia tidak takut dengan keputusan mengharamkan lagu Indonesia? Dengan lantang dia menjawab dia tahu apa yang dia buat, Dato� Hattan sayangkan industri muzik tempatan.

�AF kali ini konsep lama diperkenalkan semula, saya amat setuju sekali, kita tak perlu nak tukar konsep sampai hilang keasliaanya.  Tak perlulah sampai nak membaratkan program kita, biarlah kita jadi jaguh tempatan dulu, barulah kita fokus ke peringkat seterusnya,� katanya.

Pemilihan lagu untuk pelajar AF, mereka bebas menyanyikan apa jua lagu. Namun didikan dan nasihat dari tenaga pengajar amat dititik beratkan termasuk pandangan pengetua. Sekiranya tidak bersesuaian mereka akan diberi pilihan untuk menyanyikan lagu lain berdasarkan vokal dan penampilan mereka.

�Penekanan saya kali ini, tiada paksaan untuk pelajar saya untuk menyanyikan lagu, mereka boleh pilih lagu dan genre yang mereka suka, saya tidak akan menjadi AF2014 sebagai formula untuk menetap lagu setiap minggu untuk mereka menyanyi.�

Konsert Mingguan AF boleh ditonton setiap hari Ahad jam 9.00 malam disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..