Saturday 25 October 2014


Aktres Deepika Pandukone adalah antara bintang Bollywood yang sering saja mendapat perhatian masyarakat. Banyak sebabnya yang membuatkan dia mendapat banyak perhatian.

Pertama adalah kerana kejelitaannya. Kedua adalah disebabkan kehidupan sosialnya yang boleh disifatkan sebagai liar. Ketiga pula adalah disebabkan hubungan cintanya bersama beberapa aktor termasuklah Ranbir Kapoor (suatu ketika dulu) dan sekarang ini bersama Ranveer Singh. 

Namun, aura seksi yang dimiliki Deepika Pandukone juga sering membuatkan lelaki-lelaki lain mahu mendampinginya, termasuklah Arjun Kapoor. 

Apakah Ranveer Singh sudah tahu bahawa Deepika Pandukone sekarang ini semakin intim dengan Arjun Kapoor? Kita tinggalkan dulu persoalan tersebut. 

Apa yang menariknya, Deepika Pandukone telah memberitahu Arjun Kapoor bahawa dia virgin atau dara. Kenyataan Deepika Pandukone itu mengejutkan banyak pihak. 

Maka tidak hairanlah kalau lembaga penapisan filem iaitu The Central Board of Film Certification's (CBFC) mengambil keputusan untuk memotong dialog ucapan Deepika kepada Arjun dalam filem Finding Fanny arahan Homi Adajania atas alasan ianya berbaur lucah. 

Sudah tentulah keputusan yang dibuat CBFC itu tidak menggembirakan Homi Adajania. Malah dia mempersoalkan mengapa pihak CBFC mahu memotong dialog tersebut sedangkan ia sudah banyak digunakan dalam filem-filem Bollywood sebelum ini. 

Misalnya lakonan Shah Rukh Khan dengan Preity Zinta dalam Dil Se (1998) serta Alia Bhatt dengan Arjun dalam filem In 2 States (2014). 

1 comments:

  1. dara pun nak bagi tau orang....

    bukti kan sudah bocor belum bagi orang tengok baru boleh sah.

    cakap aje buat apa ?

    talk is cheap !!!

    ReplyDelete

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..