Tuesday 27 January 2015


MENJADI anak kepada selebriti terkenal dunia menjadikan North antara bayi paling popular tahun ini. Apa sahaja perkembangan mengenai anak kepada Kim Kardashian ini akan dipaparkan di media. Terbaru North dilihat berjalan buat kali pertama di tempat umum, mungkin perkara normal buat ibu bapa lain. Tetapi memandangkan dia anak kepada Kanye West dan Kardashian, nampaknya ini satu berita buat peminat mereka. Walaupun Kardashian hanya terkenal sebagai selebriti untuk program realiti, namun kontroversi yang dicipta wanita ini sering menempatkan dia sebagai antara tumpuan utama di Hollywood.

Menjadi seorang ibu sejak 13 bulan lalu tidak merubah apa-apa tentang Kardashian memandangkan dia kini mula menjadikan anaknya Kardashian versi mini. Sering mengenakan pakaian hampir sama seperti anaknya, Kardashian yang sering mendapat pujian kerana mampu mewujudkan satu fenomena baharu dalam kalangan peminat setianya dalam cita rasa berfesyen.

Malah bukan suatu yang mengejutkan untuk North dilabel sebagai ikon fesyen baru-baru ini menerusi CR Fashion Book. Tidak cukup dengan itu kerana kegilaan ibu berfesyen, ramai yang percaya North juga akan menjadi legenda fesyen yang hebat pada masa hadapan.

Mengakui sangat teruja dengan kehadiran anaknya, Kardashian juga pernah menyatakan dia sebenarnya melihat North sendiri sudah mempunyai cita rasa yang hebat dalam pemilihan pakaian.

?Dia seorang yang ringkas dan hebat. Dia juga menyukai pakaian yang comel. Apa yang penting dia menyukai pakaian yang selesa.

?Saya sangat berharap anak saya menyukai fesyen seperti saya," kata seperti yang dilaporkan MailOnline.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..