Saturday 10 January 2015


Ekoran penahanan 24 individu yang terlibat dalam sindiket penyeludupan arak dan rokok di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membekukan sebanyak 207 akaun yang dianggarkan berjumlah RM6 juta, termasuk milik 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull memberitahu, jumlah akaun pegawai kastam yang dibekukan kira-kira RM4 juta dan akaun anggota sindiket itu pula berjumlah RM2 juta.

"Pelbagai harta milik pegawai kastam dan anggota sindiket turut disita iaitu 10 kenderaan mewah, lori yang penuh dengan muatan arak, sebuah lot rumah kedai dan wang tunai berjumlah hampir RM3 juta yang dipercayai hasil daripada aktiviti ini.

"Kami juga turut mendapat kerjasama sepenuhnya daripada JKDM khususnya Ketua Pengarahnya dalam melancarkan misi ini," katanya dalam sidang akhbar khas di pejabat SPRM di sini hari ini.

Sehingga kini sebanyak 28 individu terdiri daripada 12 pegawai kastam pelbagai pangkat dan 12 orang anggota sindiket telah ditahan di sekitar Lembah Klang dan Ipoh, Perak.

2 comments:

  1. harta menteri rasuah knape tak berani nak beku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda mungkin kecewa kerana harta anda atau punca rezeki haram anda telah diusik oleh SPRM... tetapi janganlah terlalu cepat melatah... yang dahulu didahulukan...

      Delete

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..