Dalam kejadian pada jam 8 malam itu, mangsa yang dikenali sebagai Saiful, 41, dikatakan mandi di sungai itu sebelum kaki kirinya disambar buaya, lalu ditarik ke dasar sungai.
Bertarung 10 minit
Sumber memberitahu, mangsa bertindak pantas menumbuk mata buaya dan terpaksa �bertarung� kira-kira 10 minit sebelum reptilia sepanjang dua meter itu melepaskan gigitan.
�Tanpa membuang masa, mangsa terus melawan dan pertarungan itu mengambil masa 10 minit, mangsa cuba memukul bahagian muka buaya sebelum tumbukan mengenai mata yang menyebabkan reptilia itu melepaskan gigitan,� katanya.
Sebaik buaya itu melepaskan gigitan, mangsa terus berenang ke tebing dan berlari pulang ke rumah kongsi sebelum meminta bantuan rakannya untuk dihantar ke Hospital Serian bagi mendapatkan rawatan.
�Rakannya yang terkejut apabila melihat kaki mangsa berlumuran darah, membawanya ke Hospital Serian. Oleh kerana kecederaan agak teruk, mangsa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan keadaannya dilaporkan stabil.� katanya.
Kejadian kali pertama
Sumber itu memberitahu sudah menjadi kebiasaan bagi pekerja ladang di situ untuk mandi dan membasuh pakaian di Sungai Sadong.
Bagaimanapun, kejadian kelmarin adalah yang pertama membabitkan serangan buaya yang dilaporkan di kawasan itu.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Sumber
0 comments:
Post a Comment