Kota London dipenuhi dengan penunggang basikal dan setiap tahun ratusan meninggal dunia kerana digilis. Penunggang basikal di Londonsudah mencuba selama beberapa tahun supaya undang-undang jalan raya diubah bagi memastikan keselamatan mereka dijamin. Bulan November yang lalu 6 orang penunggang basikal mati digilis. Jumaat lalu seramai 1000 orang penunggang basikal"mati" secara beramai-ramai bagi memprotes kenyataan Datuk Bandar London Boris Johnson yang menyalahkan pemandu basikal sepenuhnya atas jumlah kematian yang tinggi. Demo mati beramai-ramai ini diadakan di hadapan ibu pejabat Transports of London. Mereka mendesak supaya undang-undang digubal bagi memastikan keselamatan mereka dan pembinaan lebih banyak lorong basikal yang menelan belanjaGBP 600 Juta.
Mati
Laporan asal Inhabitat
0 comments:
Post a Comment