Sunday 12 January 2014

Ini ialah kelakar yang melibatkan seorang perompak di Texas USA. Larry Poulos ditangkap anggota polis Dallas selepas merompak sebuah bank. Beliau dilaporkan merompak Bank Educational Employees Credit Union dengan mengugut mengatakan beliau mempunyai bom yang boleh diletupkan bila-bila masa. Pekerja bank yang panik menyumbatkan beberapa longgokan wang kertas ke dalam sebuah beg. Larry kemudian pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Ketika dalam perjalanan pulang wang kertas yang dibawa beliau terkeluar dari beg yang dibawa beliau. Ini menimbulkan syak wasangka orang ramai yang melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Pihak polis kemudiannya diberitahu Larry tinggal di sebuah apartment tidak jauh dari bank yang dirompak. Setibanya di rumah suspek, polis menemui Larry yang tercedera dengan luka pada bahagian kepala. Beliau terus ditahan dan disahkan sebagai perompak bank bedasarkan klip CCTV yang diberikan oleh pihak bank. Selepas ditangkap beliau berkata beliau dirompak dua orang lelaki selepas tiba di rumah. Beliau sudah di rompakception. Larry kini menunggu untuk dibicarakan kerana merompak bank. Dua orang suspek yang merompak beliau di rumah masib belum berjaya ditangkap. Fail!




Laporan asal DallasBlack

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..