Sunday, 12 January 2014

Gunung Blanc ialah gunung tertinggi di Eropah. Jika anda ke Perancis kini anda boleh menikmati pemandangan Gunung Blanc dari perspektif yang unik. Step Into The Void ialah tarikan pelancong terbaru di Perancis. Ianya sebuah kotak plexiglass yang diletakkan hampir 4000 meter dari aras laut. Kotak lutsinar ini akan memberikan ilusia anda terapung di udara. Step Into The Void dibuka kepada umum Sabtu lalu dan dibina diatas puncak Gunung Aiguille du Midi yang terletak berhampiran Gunung Blanc. Dengan bayaran Euro 55 (RM247) seorang anda boleh menguji sendiri tahap kegayatan anda. Jangan risau, kotak plexiglass ini dibina beberapa lapis bagi memastikan ia mampu menahan berat anda dan juga kalis tiupan angin sepantas 220 kilometer sejam. Ada berani?




Laporan asal Sky

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..