Wednesday, 16 September 2015

Pelakon Fasha Sandha terluka apabila dia dikatakan kononnya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai) berbanding dengan Nora Danish.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 30, berkata dalam laporan mStar Online, dia terpaksa menegur pengikut Instagram miliknya apabila mereka mempersoalkan kenapa dia tidak memuat naik foto bersama keluarga mertua pada acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) berbanding Nora Danish yang banyak memuat naik gambar-gambar bersama bekas mertuanya itu.

�Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial. Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini. Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya,� katanya.

Pada petang Selasa, Fasha telah menegur segelintir pengikutnya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak mempunyai gambar bersama keluarga suaminya di Instagram berbanding Nora yang memuat naik pelbagai foto bersama keluarga itu pada acara (KLFW2014) yang berlangsung baru-baru ini. Perkara tersebut membuatkan Fasha mempersoalkan sebab dirinya dibandingkan dengan Nora dan meluahkan bahawa dia tidak suka membaca komen-komen sebegitu di mana ia boleh melukakan hatinya.

Berikut adalah antara komen peminat yang melukakan hati Fasha Sandha:



Berikut pula adalah teguran Fasha kepada peminatnya:

Negative vibes in the morning. I�ve been receiving this type of comments from different followers almost everyday which i don�t like. The fact of the matter, i was at KLFW2014 for Kavita and Tom Abang Saufi finale shows. Yes, memang betul SHE is close to my husband�s family and always be together with them without me but do u need to feed me WITH this type of comments ? Tujuannya? Benar2 Kesian atau untuk membuatkan saya lebih sedih? Wallahualam. I�m 5 months pregnant n i don�t like to read this type of comments in my page,my family page or my good friend�s instagram. Yes, anda boleh comments �visit my ig� untuk nak jual apapun or iklan apa saja di laman insta i, i tak kisah and tak pernah tegur,tak pernah delete the comments and tak pernah block. But, not this type of negative comments, Please RESPECT. Somehow, its hurting me. �Everyone has their limits�. Ini adalah teguran to my followers.

Teguran ya,bukan marah. If you don�t have anything nice to say, please don�t say anything at all. To whom it may concern , i do hope that u also understand your limit too. You need to learn that your actions do affect other people,caused problems,negative vibes and comparison. It�s not just always about you. Thank you.

Bagaimanapun kata Fasha, dia bersyukur dan berterima kasih dengan kebanyakan pengikutnya yang menyokong dengan setiap perkara yang dilakukannya menerusi komen-komen positif yang diterima. Sementara itu, ditanya adakah dia mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Jejai, Fasha enggan mengulas tentang perkara tersebut.

�Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen. Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya,� tuturnya.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..