16 Februari 2014
Pemilik Pusat Kecantikan Sarsha Teratak Kejelitaan, Rosmah Tukimin
DARI segi saintifik, mandi bunga merupakan satu cara mendapatkan aura positif dari alami yang bertujuan menambahkan kesegaran dan menaikkan seri wajah. Khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan sesuai bagi si pengantin baru dan sesiapa sahaja yang mahu menghilangkan tekanan serta merelakskan badan. Selepas seharian penat bekerja, manjakan diri dengan mandi bunga di spa sambil menikmati haruman segar daripada aroma bunga-bungaan pastinya dapat merawat tekanan dan kepenatan.
Penggunaan pelbagai bunga-bungaan yang berwarna-warni dan harum mampu memberi kelegaan dan kesegaran badan serta wajah. Kebiasaannya, bunga mawar dan kekwa menjadi pilihan untuk mandi bunga malah setiap bunga mempunyai aura tersendiri.
Memetik kajian saintis, Pakar Kinesiologi serta pengasas perubatan Terapi Getaran Cahaya (Colour Vibration Therapy) pertama Malaysia, Dr Norhisham Wahab; tumbuhan diperlukan untuk menstabilkan ketidakharmonian dalaman manusia. Sumber tenaga yang bersatu dalam tumbuh-tumbuhan boleh dimanfaatkan sebagai pengganti kepada tenaga yang hilang. Petiklah bunga dengan warna keseimbangan penyakit yang anda alami. Rendam dalam air untuk merakamkan tenaga yang akan dipecahkan dalam bentuk getaran gelombang. Tenaga bunga yang sudah dipindahkan ke dalam air itu amat berkait rapat dengan misteri mandi bunga yang menjadi amalan pelbagai budaya di seluruh pelosok dunia.
Menurut Dr Norhisham, kepesatan hidup moden membuatkan kehidupan hari ini serba sukar, menyebabkan ramai yang dilanda tekanan perasaan atau ketidakharmonian perasaan. Setiap satu bentuk ketidakharmonian akan mengundang satu penyakit tetapi tidak kepada tumbuhan. Tumbuhan walaupun dicemari tetap dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar untuk terus hidup dengan penuh bertenaga.
Dari sudut konsep dan prinsipnya terdapat hubungan berikut di antara alam dan manusia. Alam adalah pengaruh luaran dan manusia itu sendiri adalah pengaruh dalaman manakala yang memegang kunci pengimbang ialah deria atau pancaindera. Derialah yang menjadi penganalisis maklumat tenaga yang masuk dan keluar daripada tubuh. Deria ialah pengimbang yang cekap, terutamanya bulu roma. Kecekapan deria ini sebagai reseptor boleh dipastikan jika bulu roma atau kulit kita selalu basah dan tidak terdedah kepada udara kotor atau cahaya matahari yang keterlaluan. Dengan mengambil wuduk lima kali sehari sudah cukup untuk membuktikan Islam itu amat saintifik bagi menghormati rahsia keajaiban air.
Mandi bunga dijalankan di sini biasanya memilih bunga mawar dan kekwa. Waktu dan cara memetik bunga juga perlu diketahui jika tidak getaran bunga itu berpindah bentuk dan tidak asli lagi. Umpamanya, kelopak bunga yang ganjil dengan warna penyakit, perlu disesuaikan untuk tidak mencernakan warna aura persekitaran tubuh yang sudah stabil. Kesilapan dalam penggunaan jenis dan warna bunga mungkin tidak memberikan kesan positif merawat penyakit, namun sekurang-kurangnya memberi kesegaran kepada pengamalnya melalui aroma bunga-bungaan.
Sumber
0 comments:
Post a Comment