25 Mac 2014
KUALA LUMPUR � Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi perempuan dalam tong sampah di tandas wanita di Terminal Bas Bersepadu Selatan, Sabtu lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu berasal dari Johor Bahru, ditahan di Kajang kira-kira jam 10 malam, kelmarin.
Bayi malang itu ditemui seorang tukang cuci, wanita warga Indonesia, ketika menukarkan plastik sampah di tandas berkenaan, kira-kira jam 11.30 malam.
Dia mendapati bungkusan sampah itu agak berat daripada kebiasaan, sebelum menjumpai mayat bayi berkenaan. Dia kemudian segera memaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di Balai Polis Terminal Bas Bersepadu Selatan.
Ia dibungkus dalam lapisan tisu putih dan dibalut dengan plastik sampah warna biru.
Siasatan juga mendapati ada kesan luka dileher bayi berkenaan, dipercayai terkoyak semasa dilahirkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada seorang pensyarah sebuah IPT berhubung kejadian tersebut.
"Pensyarah itu mendakwa penuntutnya memaklumkan terdengar tangisan bayi di dalam tandas di IPT tersebut kira-kira jam 7.30 malam pada hari kejadian, sebelum ternampak wanita berkenaan keluar dari IPT itu dengan membawa dua beg plastik,"
katanya.
Menurutnya, wanita tersebut dipercayai tinggal di sebuah hotel di Melaka sejurus selepas kejadian itu, sebelum pulang semula ke IPT berkenaan.
"Pensyarah tersebut telah membawa penuntut berkenaan ke balai polis berhampiran, sebelum dibawa berjumpa dengan doktor di sebuah hospital dan disahkan baru bersalin.
"Siasatan awal mendapati wanita itu mengaku melahirkan bayi itu, sebelum membawanya ke Terminal Bersepadu Selatan," katanya.
Sumber
Laporan Sinar Harian, semalam.

0 comments:
Post a Comment