Sunday 23 November 2014


Air Asia Sakiti Hati Jururawat Malaysia

Air Asia didesak supaya menarik balik iklan terbarunya di atas pesawat yang didapati menyakitkan hati para jururawat.

Iklan yang ditampal pada belakang tempat duduk penumpang itu berbunyi, �You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses� (Anda mahukan ibu, kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang memberikan layanan buruk).

Ayat ini sebenarnya digunakan bagi mengiklankan pakej perlindungan Tunes Insurance Malaysia.

Terdapat jururawat yang terlihat iklan ini di atas pesawat, kemudiannya memberikan mesej jelas bahawa mereka terasa hati apabila memuatnaik gambar iklan terbabit di laman Facebook pemilik Air Asia, Tony Fernandez bersama luahan perasaan.

airasia2
hinanurse1

Disebabkan aduan diterima, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut meminta supaya Air Asia memohon maaf kepada seluruh jururawat di Malaysia kerana dianggap memperkecilkan pekerjaan mulia tersebut.

Presiden MMA Datuk Dr N.K.S.Tharmaseelan berkata, iklan ini sudah pasti dibaca oleh ramai penumpang dari pelbagai latar belakang dan tempat yang menaiki pesawat Air Asia sekaligus memberikan gambaran negatif tentang kerjaya jururawat di negara ini.

- REM RAMZI

Sumber: Facebook Tony Fernandez / Astro Awani

Sumber

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..