Saturday 7 June 2014

WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Februari 2014


PASIR PUTEH - Seorang lelaki berusia 30 tahun bertindak mencemuh anggota polis trafik yang mengeluarkan saman kepadanya dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 21, Jalan Melawi-Kuala Besut, Kuala Semerak dekat sini, semalam.

Selepas berlalu, lelaki itu kembali semula ke lokasi dengan jentolak sambil meminta anggota terbabit memindahkan kereta peronda polis dengan mendakwa dia ingin menggali lubang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kejadian yang berlaku pada jam  11.30 pagi itu tercetus apabila lelaki terbabit berang selepas kereta dipandunya ditahan polis.

"Selepas saman dikeluarkan untuk kesalahan cermin gelap, lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada anggota polis bertugas. Dia kemudiannya menyepak tanah menyebabkan debu berterbangan ke arah anggota terbabit,� katanya.

Mohd Kamal berkata, jentolak itu diletakkan secara melintang jalan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

"Dia tidak mempedulikan kesesakan yang berlaku, sebaliknya terus beredar meninggalkan kenderaan berat tersebut di tengah jalan.

"Siasatan awal mendapati kenderaan berat yang digunakannya adalah milik syarikat ayahnya dan dia bertindak demikian mungkin disebabkan tekanan perasaan atau masalah peribadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit memandu jentolak itu untuk menggali tanah di tapak projek, berhampiran lokasi sekatan jalan raya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..