Wednesday 13 May 2015

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud hari ini memberitahu mahkamah yang beliau membelikan anaknya iaitu Raden Murya sebuah kereta Ferrari ketika anaknya itu hanya berusia lapan tahun.

Kereta itu yang dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.

�Sejak anak kecil, dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya. Dulu beli masa dia kecil, saya beli atas nama saya, sekarang saya alihkan atas nama anak,� katanya.

Bekir menyatakan kereta itu adalah sebuah Ferrari Modena 370 terpakai dan dibeli pada tahun 2001 dengan harga kira-kira RM950,000.

�Dari awal lagi saya beritahu beliau itu adalah keretanya, dan apabila beliau berusia 18 tahun saya tukar nama kepada namanya,� tambahnya lagi.

Selain daripada kereta itu, Bekir pada 3 Jun lalu memberitahu mahkamah yang beliau membelikan Shahnaz tiga buah kereta mewah untuk digunakan � Mercedes S Class dengan anggaran harga RM800,000, BMW X5 (RM600,000), dan pacuan empat roda Jeep Cherokee (RM500,000).

Beliau juga mengaku membelikan sebuah banglo berharga RM2 juta untuk Shahnaz dan anaknya di Damansara dengan pinjaman bank sebanyak RM1.5 juta.

Pada Januari lalu pula Shahnaz mengaku menerima nafkah kewangan sebanyak RM7,000 sebulan dari tahun 2001 sehingga tahun 2006.

Ia kemudian dinaikkan kepada RM10,000 sebulan pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 sehingga Ogos 2011 ia dinaikkan lagi kepada RM12,000 sebulan.

Bagaimanapun, nafkah itu dihentikan selepas mereka bercerai pada Mei 2011 dan tempoh edahnya habis pada bulan Ogos 2011.

0 comments:

Post a Comment

BLOG ANDA DISINI SANGAT SYOK

..